Khamis, 21 Ogos 2008

THE BULL'S DARTS SPORT HOUSE : TAJAAN BAJU SEBAGAI UCAP SELAMAT BERJUANG

LAMBAK 19 Ogos 2008, The Bulls Darts Sport House hari ini menyerahkan sumbangan tajaan kepada Persatuan Darts Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Sumbangan tajaan yang berupa baju untuk pasukan Persatuan Darts Kebangsaan Brunei yang akan berangkat ke Melaka bagi menyertai kejohanan dart di sana adalah merupakan tanda

Setiausaha Persatuan Dart Kebangsaan Brunei ketika menerima tajaan baju pasukan

komitmen The Bull's Darts Sport House bagi terus memberikan sokongan dan galakkan kepada peminat sukan ini khusunya dalam usaha kearah memajukan dan mengembangluaskan bidang sukan dart di negara ini. Sejauh ini, The Bull's Darts Sports House telah beberapakali menghulurkan tajaan yang berupa hadiah dan lain-lain di acara-acara perlawanan dart yang berlangsung di primis syarikat ini.

Selasa, 19 Ogos 2008





KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MUNCUL JUARA DALAM KEJOHANAN SUKAN DART ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

LAMBAK 15 Ogos 2008 - Sejumlah sepuloh buah pasukan yang mewakili kementerian-kementarian Negara Brunei Darussalam berentap untuk merebut juara dalam Kejohanan Sukan Dart Antara Kementerian -kementarian Negara Brunei Darussalam, anjuran Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Kejohanan ini adalah merupakan diantara acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Kementerian-kementerian Negara Brunei Darussalam sesi 2007/2008. Kejohanan dart ini berlangsung di The Bull’s Darts Sport House, Kompleks Pg Hj Damit Sungoh, Kampong Lambak, bermula sejak 13 Ogos yang lalu. Acara pembukaan kejohanan sukan dart ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Pg Sabri bin Pg Hj Mohamad, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.


Empat buah pasukan yang masing-masing mewakili Kementerian Perhubungan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perindusterian dan Sumber-sumber Utama telah melayakkan diri untuk bertanding di peringkat akhir. Pertandingan peringkat akhir berlangsung di venu yang sama iaitu pada hari Jumat 15 Ogos 2008. Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah di pertandingan peringkat akhir tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Abd Malik bin Hj Mohamad, Ketua Pegawai Belia dan Sukan. Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

Pasukan dari Kementerian Pembangunan telah muncul sebagai Juara, sementara naib juara di rebut oleh Pasukan Kementerian Perhubungan. Pasukan Kementerian Perindusterian dan Sumber-sumber Utama mendapat tempat ke-tiga dan Pasukan Kemeterian Pertahanan di tempat yang ke-empat.

Sabtu, 16 Ogos 2008

KEJOHANAN SUKAN DART ANTARA KEMENTERIAN KEMENTARIAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM -MENGGALAK PERTUMBUHAN PEMAIN DAN PENGGEMAR SUKAN DART

Pertandingan yang berjalan sejak 13 Ogos,merupakan detik kenangan yang penuh debaran. Kemunculan peserta-peserta yang berpotensi di arena sukan dart di Negara ini memang tidak dapat dipertikaikan. Walaupun seketika dulu, kemunculan pemain dan penggemar sukan dart ini hanya dapat dilihat di waktu waktu tertentu, dengan bilangan primis yang terhad yang mampu menyediakan keperluan bagi memperkembangluaskan sukan yang mencabar ini.

Seketika dulu, sukan dart mungkin telah disalah ertikan sebagai permainan yang hanya diminati oleh segelintir kelumpuk masyarakat yang suka berfoya di kelab atau lounge yang menyediakan atau menawarkan jualan minuman keras (alcohol), namun minda masyarakat yang sentiasa berkembang sejajar dengan perkembangan dunia IT sedikit sebanyak memberikan perubahan positif disamping ujudnya kesedaran masyarakat untuk terus berdaya saing di bidang apa jua pun, lebih-lebih lagi di arena sukan yang memerlukan kesihatan mental yang tidak dipengaruhi oleh dadah dan minuman yang memabukkan. Ini telah dapat dibuktikan dengan penyertaan penggemar sukan dart di kejohanan yang berlangsung baru baru ini.

Kejohanan dart yang berlangsung sejak beberapa hari yang lalu ini merupakan sebahagian dari acara yang di pertandingkan dalam sukan Kementerian-kementarian Negara Brunei Darussalam Sesi 2007/2008. Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, dengan kerjasama Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ini telah menarik bilangan penyertaan yang begitu ramai dan amat menggalakkan. Usaha kearah memajukan sukan dart dinagara ini kian mendapat perhatian dan sambutan lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan tempat permainan dan pertandingan seperti yang ditawarkan oleh The Bull’s, yang mampu menampung keramiaan penyertaan dan pengunjung.
Tetamu Kehormat, Pg Sabri bin Pg Hj Mohamad, Penolong Pengarah Belia dan Sukan beramah mesra dengan peserta


Upacara pembukaan bagi kejohanan dart ini yang berlangsung pada 13 Ogos yang lalu dirasmikan oleh Yang Mulia Pg Sabri bin Pg Hj Mohamad, Penolong Pengarah Belia dan Sukan.

Jumaat, 15 Ogos 2008