Khamis, 21 Ogos 2008

BNDA HANTAR WAKIL KE KEJOHANAN DARTS TERBUKA MALAYSIA KE-28 2008

Berakas, 21 Ogos 2008 – Persatuan Darts Kebangsaan Brunei (Brunei National Darts Assosiations) hari ini menghantar pasukannya ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Darts Terbuka Malaysia Ke-28 2008. Kejohanan tersebut akan beralangsung pada hari Jumat 22 Ogos 2008 bertempat di Everly Resort Hotel, Jalan Tanjung Kling, Melaka.
Pasukan Darts Kebangsaan Brunei bergambar ramai bersama Hj Zamir bin Dato Paduka Hj Hamdani, Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan (empat dari kanan) sejurus selepas upacara penyampaian bendera
Bergambar bersama pemilik syarikat The Bull's Darts Sport House Pg Sanusi Affendi Pg DP Hj Damit (berbaju putih, empat dari kiri)

Seramai 9 orang ahli BNDA berangkat meninggalkan Lapangan Terbang Antara Bangsa Berakas yang terdiri dari, Zaini bin Kudi (Presiden BNDA), Hj Adanan bin Hj Abd Kadir (Pengurus Pasukan), Abdul Manaf bin Hj Mohd Yusuf (Ketua Pasukan), Amiruddin bin Hj Abdi Manaf, Zamadi bin Yusuf, Hj Azmi bin Hj Julaihi, Mohammad bin Metussin, Zaini bin Hj Alias dan Hjh Intan bte Hj Ahmad (peserta perseorangan wanita)

Tiada ulasan: