Sabtu, 16 Ogos 2008

KEJOHANAN SUKAN DART ANTARA KEMENTERIAN KEMENTARIAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM -MENGGALAK PERTUMBUHAN PEMAIN DAN PENGGEMAR SUKAN DART

Pertandingan yang berjalan sejak 13 Ogos,merupakan detik kenangan yang penuh debaran. Kemunculan peserta-peserta yang berpotensi di arena sukan dart di Negara ini memang tidak dapat dipertikaikan. Walaupun seketika dulu, kemunculan pemain dan penggemar sukan dart ini hanya dapat dilihat di waktu waktu tertentu, dengan bilangan primis yang terhad yang mampu menyediakan keperluan bagi memperkembangluaskan sukan yang mencabar ini.

Seketika dulu, sukan dart mungkin telah disalah ertikan sebagai permainan yang hanya diminati oleh segelintir kelumpuk masyarakat yang suka berfoya di kelab atau lounge yang menyediakan atau menawarkan jualan minuman keras (alcohol), namun minda masyarakat yang sentiasa berkembang sejajar dengan perkembangan dunia IT sedikit sebanyak memberikan perubahan positif disamping ujudnya kesedaran masyarakat untuk terus berdaya saing di bidang apa jua pun, lebih-lebih lagi di arena sukan yang memerlukan kesihatan mental yang tidak dipengaruhi oleh dadah dan minuman yang memabukkan. Ini telah dapat dibuktikan dengan penyertaan penggemar sukan dart di kejohanan yang berlangsung baru baru ini.

Kejohanan dart yang berlangsung sejak beberapa hari yang lalu ini merupakan sebahagian dari acara yang di pertandingkan dalam sukan Kementerian-kementarian Negara Brunei Darussalam Sesi 2007/2008. Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, dengan kerjasama Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ini telah menarik bilangan penyertaan yang begitu ramai dan amat menggalakkan. Usaha kearah memajukan sukan dart dinagara ini kian mendapat perhatian dan sambutan lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan tempat permainan dan pertandingan seperti yang ditawarkan oleh The Bull’s, yang mampu menampung keramiaan penyertaan dan pengunjung.
Tetamu Kehormat, Pg Sabri bin Pg Hj Mohamad, Penolong Pengarah Belia dan Sukan beramah mesra dengan peserta


Upacara pembukaan bagi kejohanan dart ini yang berlangsung pada 13 Ogos yang lalu dirasmikan oleh Yang Mulia Pg Sabri bin Pg Hj Mohamad, Penolong Pengarah Belia dan Sukan.

Tiada ulasan: